KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sudah meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) dan Sijil Pendaftaran bertarikh 16 Mei tersebut juga tular dalam media sosial.

Dalam sijil yang tular tersebut, Ketua Pendaftar, Suriyati Ibrahim menandatangani kelulusan yang diberikan kepada PH sebagai sebuah gabungan parti yang sah.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat sijil pendaftaran untuk pertubuhan berkenaan.

“Kami belum terima sijil tersebut. Apabila dihubungi, saya kata tunggu kenyataan rasmi daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

“Berkaitan pendaftaran PH, kami difahamkan yang kenyataan rasmi tentangnya akan dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri esok,” katanya menerusi laman Twitter miliknya hari ini.

Pada PRU-14 lalu, gabungan berkenaan secara bersama telah menggunakan logo PKR memandangkan pendaftaran Pakatan Harapan masih belum diluluskan RoS. – MalaysiaGazette

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.