SEORANG lelaki dan anaknya ditahan kerana memenggal kepala seorang bekas anggota polis sebelum melapah daging mangsa dan memakannya.

Penduduk bandar Saltivka, Ukraine digemparkan dengan penemuan mayat tanpa kepala yang dibuang berhampiran pintu bilik bawah tanah di kediaman milik suspek.

Kesan luka pisau pada mayat yang ditutupi longgokan beg sampah itu menunjukkan rusuk dan kaki mangsa telah dirobek dan dilapah.

Lelaki berkenaan bersama anak lelakinya berusia 20 tahun telah ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut pihak polis mendapati kepala mangsa berusia 45 tahun itu, disorok dalam sebuah kotak yang diletakkan di balkoni .

Anak lelaki suspek berkata, ayahnya melapah daging kaki mangsa sebelum direbus dan memakannya bersama-sama.

Mayat mangsa dikatakan terpaksa dibuang bagi mengelak diketahui oleh saudara mara yang mahu datang menginap di rumah suspek.

Sumber polis berkata, mangsa yang dipercayai hilang sejak 4 Oktober lalu, meninggal dunia akibat tikaman di leher.

Siasatan rasmi terhadap kes telah dibuka dan jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka bakal berdepan hukuman penjara dari 10 tahun hingga seumur hidup. – Dailymail

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.