Biarlah apa saja kata-kata yang ditujukan kepada beliau, nampaknya Datuk Seri Najib Razak tetap tenang menghadapi hari yang mendatang.

Malam ini bersempena dengan kedatangan Ramadan anggota parlimen pembangkang dari Pekan itu hadir di khalayak mengerjakan solat terawih.

Bekas perdana menteri itu hadir di Masjid Kampung Baru di tengah Kuala Lumpur ketika namanya disenarai hitam oleh kerajaan daripada meninggalkan negara ini.

Berkongsi detik solat terawih itu di Twitter Najib turut memetik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Bukhari.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

“Alhamdulillah malam ini dapat solat sunat terawih di Masjid Kampung Baru. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT,” katanya.

Mengiringi ciapan itu ialah tiga keping gambar beliau berbaju merah hati sedang sembahyang serta berdoa dengan khusuk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.