Sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang Instafamous dari Ipoh, Perak dirogol secara bergilir-gilir.

Video berdurasi satu minit itu memaparkan aksi yang keterlaluan dilakukan tiga lelaki mengikut nafsu serakah terhadap mangsa yang berusia 15 tahun dalam keadaan separuh sedar.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Muhammad Saifuan Abdul Aziz, Mohamad Shah Izzwan Azizuddin dan Muhammad Azrul Ahmad Tarmizi mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan meminta untuk dibicarakan.

Mereka didakwa merogol secara berkumpulan ke atas mangsa di dalam sebuah bilik di Motel Wonderful, Taiping, jam 5.25 pagi dan 11 pagi pada 17 Ogos lalu.

Ketiga-tiga tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Che Noralashiken Abd Razak membenarkan jaminan RM8,000 setiap seorang bersama seorang penjamin dan menetapkan 23 Oktober ini bagi kes pengurusan.

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.