KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Presiden Pas itu berkata ia suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.

“Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak ganggu hak mereka,” kata beliau semasa wawancara dalam Astro Awani hari ini.

Beliau juga menyatakan tidak bermasalah untuk Pas bekerjasama sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya.

“Ya, kita terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke arah yang baik, tidak bekerjasama bagi perkara yang tidak baik,” katanya.

Pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.

Pas juga tidak menyertai Pakatan Harapan semasa PRU14 lalu sebaliknya menubuhkan gabungan pembangkang lain dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. – MalaysiaGazette

Loading...

9 COMMENTS

  1. buat baik salah buat tak tau pun salah, bukan ke election dh habih, dlm mood memerintah ni kene ade kerjasama bangunkn negara, takkan nk membangkang semata². TGHH dh gariskan kerjasama kearah kebaikan (Taawun) nak pakai bahase apa lagi baru korang paham??😏

    • Bila PH menang & LGE jadi menteri kewangan TGHH dah mula putar belit tapi x habis 2 dgn sifat ego, kononnya tunggu President & SU hulur tangan dulu.Bila DAP hulur tangan putar lagi konon yg nak bertaawum siyasi ialah DAP.

  2. buat baik salah buat tak tau pun salah, election dh habih, dlm mood memerintah ni kene ade kerjasama bangunkn negara, takkan nk membangkang semata². TGHH dh gariskan kerjasama kearah kebaikan (Taawun), buat rakan ²PH sudah² la bersangka buruk pd TGHH, dia xde songlap duit negara pun.

  3. If I were Hadi, I’d focus on the legal proceedings with Sarawak Report in London. If handled sloppily, it’s going to spill into Malaysian courts. I don’t need to tell you that the consequences of losing are dire.

  4. Diharap dgn kenyatan Haji Hadi ini KERAJAAN PH perlu sentiasa dlm keadaan allert… kemungkinan peranan KING MAKER HAJI HADI SUDAH MULA DIGERAKKAN… ADAKAH DALANGNYA SEMEMANGNYA UMNO?
    Jika Haji Hadi benar2 ikhlas kerana Allah kenapa tidak join je PH… kenapa hanya bersedia berdamai dgn DAP SAHAJA… adakah ini rancangan yg diatur oleh UMNO untuk memperolehi majoriti dgn cara kotor?

  5. REF : http://wowberita.org/pas-sedia-berdamai-dengan-dap-demi-kebaikan ; http://www.nasharrawy.blogspot.com ; http://www.Twitter.com/adnanrawa
    ;
    DAP BUKAN ANTI ISLAM . KERAJAAN DAP PAKATAN DI PULAU PINANG TELAH MEMBERIKAN PERUNTUKAN YANG BANYAK UNTUK HAL EHWAL ISLAM ! .84% MELEBIHI PERUNTUKAN UBN KERAJAAN YANG TERDAHULU ! DAP TIADA SAMAN HUDUD DI MAHKAMAH TINGGI TAPI MCA ! ; DAP TIADA DEMO ANTI HUDUD; TAPI GERAKAN ! DAP ADALAH PARTI ” MULTI-RACIAL ” BUKAN PARTI CINA !! . TOKOH DAP SEPERTI SASTERAWAN NEGARA ; A. SAMAD SAID , MEJAR (B) ZAIDI , PEGUAM DIANA , BEKAS DUTA YEOP , ZAHRIL KHIR JOHRI , PROF.DR. ABDUL AZIZ BARI DAN RAMAI LAGI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA 15% ORANG ISLAM DALAM DAP ! APAKAH MEREKA INI SEMUA ANTI – ISLAM ? SEPERTI FITNAH DAN DAKWAAN JAHAT “D ” WANG ?? . ” ENOUGH! IS ENOUGH !

    JUSTERU ITU .”D”WANG JANGANLAH PANJANGKAN FITNAH POLITIK BELIAU ITU ! TAK SAMPAI KE MANA ! KERNA POLISI RAKYAT MAJMUK ADALAH : “ SAY NO 2 RACIST N SAY NO 2 RELIGIOUS EXTREMEIST “ SEPERTI PARTI SUCI “D”WANG YANG DITOLAK OLEH MASYARAKAT MAJMUK DI PANTAI TIMUR ! KECUALI “ DOGMA “ BELIAU MASIH LAGI BISA BERTAHANDI NEGRI YANG MAJORITI ELEKTORATNYA ORANG MELAYU ! .YAKNI, DI KELANTAN DAN TERENGGANU SAHJA ; 97% ADALAH ORANG MELAYU ! .

    “D” WANG PERNAH BILANG, ” DAP PARTI ” ANTI-ISLAM ” ; SEKIRANYA KRIS TELANJANG KALAH PADA PU14 , ” LIM KIT SIANG ” AKAN JADI PM DAN MALAYSIA AKAN JADI ” NEGARA KRISTIAN ” ; DAN SYARIAT POLITIK BELIAU ; ” FIKH POLITIK BELIAU ” : BUKAN ISLAM TAK BISA JADI MENTERI KABINET ! INI SEMUA ADALAH ” DOGMA ” RACIST EXTREMIST ” DAN ” RELIGIOUS EXTREMIST ” D’ WANG YANG DI TOLAK OLEH : RAKYAT MAJMUK DI PANTAI BARAT! . DALAM KERAJAAN PERSEKETUAN DAN DAN NEGERI ADA ORANG DAP !!

    BELIAU KENA TULUS ; BERANI CUCI ,BUANG DAN HAPUSKAN DULU SEGALA ” DOGMA ” JAHAT DAN BERUNSUR FITNAH BELIAU ITU DENGAN SEGERA !! ; JIKA TULUS MAHU BERBAIK SEMULA DENGAN DAP! ; SETELAH PARTI SUCI “D”WANG ITU PUTUSKAN HUBUNGAN ” TAHALUF SIASI ” DENGAN DAP DAN HANCUR-MUSNAHKAN PR ( PAKATAN RAKYAT ) DAHULU !!

    JANGAN JADI ” POLITICAL OPPORTUNIST “; ” SHREWD POLITICIAN ” DAN ” POLITICAL DESPERADO “; YANG TIADA ” ISTIQAMAH “; TIADA PENDIRIAN !; ” SHREWD POLITICIAN ” SENTIASA BERUBAH-UBAH !! DAN ” HYPOCRITE ” !! ; SETELAH PAKATAN HARAPAN MENANG DALAM PRU 14 , MAHTHIR JADI PM , WAN AZIZIAH TPM , ANWAR SEBAGAI BAKAL PM YANG KE DELAPAN DAN GUAN ENG (DAP ) SEBAGAI MENTERI KEWANGAN !! ; RAKYAT TOLAK POLITIK PERKAUMAN DAN PARTI YANG TIADA PENDIRIAN DAN ” OPPORTUNIST ” !! .
    ” ALLA HU AKBAR!

    Oleh: Nasharrawy/8.6.18

  6. Setuju dgn kenyataan President Pas Bahawa Dap tidak lagi mempunyai penyakit cirit birit iaitu komen mengomen hal2 yg tidak Ada kena mengena dgn mereka..

  7. We have to further observe what THH is saying later.Luckily he was not in PH ; otherwise his Party would win substantial no of seats ; then he would demand many things ; not relenting then would be a war in PH to the brim.Much better for to stay outside and support us.We cannot this kind of politics

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.