Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui walaupun berlaku perang paling parah antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kini kedua-dua pemimpin berpengaruh itu berada dalam sebuah pasukan yang padu.

Beliau berkata demikian setelah ditanya mengenai gandingan semula Mahathir-Anwar yang dinantikan ramai.

“Pertamanya kalau orang kata gandingan, ini memang berat. Tak semestinya saya pegang jawatan. Saya beritahu Tun Dr Mahathir, kalau ada yang saya boleh bantu, saya akan bantu.

“Saya bergurau dengan Tun M, kita kawan paling akrab dalam politik dan kita perang paling parah, tapi saya nampak kesungguhan dia untuk betulkan dan masa depan kita saya nampak cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu ramah eksklusif bersama Astro AWANI yang dihoskan oleh Kamarul Bahrin Haron dan Ashwad Ismail.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.