PUTRAJAYA – Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan sebatan dua kali selepas mengaku bersalah melakukan hubungan seks menggunakan jari terhadap seorang bayi berusia 11 bulan, baru-baru ini.

Hakim Mohd. Kamil Nizam memutuskan demikian terhadap Hashim Karim, 68, selepas lelaki itu didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di sini, sebentar tadi.

Bekas pemandu lori itu mengaku memasukkan objek tumpul iaitu jarinya ke dalam kemaluan bayi berkenaan sehingga kemaluannya berdarah dan selaput daranya mengalami koyakan kekal.

Warga emas tersebut melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang merupakan anak asuhan menantunya kira-kira pukul 4 petang, 20 Ogos lalu di sebuah rumah di Seksyen 24, Shah Alam, dekat sini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Hashim tidak diwakili peguam. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.