KUALA LUMPUR – Cadangan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar agar agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) diberikan kuasa untuk melakukan pendakwaan berpotensi besar mewujudkan konflik kepentingan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, ini kerana SPRM seperti mana pasukan polis adalah agensi penyiasatan dan kerja utama mereka ialah untuk menyiasat bukan mendakwa.

“Bagi saya cadangan itu walaupun mungkin baik dari suatu sudut, tapi ia berpotensi besar mewujudkan konflik kepentingan.

“Bila agensi penyiasatan diberi juga kuasa untuk mendakwa dengan hormat ia bukan suatu amalan yang baik atau amalan yang universal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Izzah semalam meminta Peguam Negara, Tommy Thomas untuk memberi penjelasan terhadap keputusan menggugurkan pendakwaan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Selain itu, Nurul Izzah juga berpendapat agensi seperti SPRM perlu diberikan kuasa untuk melakukan pendakwaan. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.