web analytics
AHLI Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Nooh Gadot menerima sembilan jahitan di bawah dagu apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Kemuncak 14, Taman Nong Chik, Johor Bahru, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada...
GEORGETOWN - Dua mayat ditemui, sementara seorang cedera dalam tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan jalan raya berkembar dari arah Paya Terubong menghala ke Relau, di sini, tadi. Ketiga-tiga mangsa itu dijumpai kira-kira jam 5.08 petang tadi namun identiti belum diketahui. Pada masa ini, pihak penyelamat sedang menjalankan kerja menyelamat di...
TIGA lelaki termasuk dua beradik maut selepas kereta dinaiki dirempuh treler di Batu 18, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, di Kampung Jamuan, Kota Lama Kiri, di Kuala Kangsar, malam tadi. Dalam kemalangan itu, dua beradik yang maut adalah Muhammad Irfan Hamdan Al Fikri, 17, yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan...
KANGAR - Ribut beserta hujan lebat melanda hampir kesemua tempat di negeri ini malam tadi, menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan yang meragut empat nyawa dalam kejadian berasingan. Di Jalan Bukit Chabang, Padang Besar dekat sini, sepasang suami isteri dan seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dalam kejadian...
KOTA BHARU - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar pejalan kaki di Jalan Salor Baru, di sini semalam. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa, 26, mengalami pendarahan otak dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, 4.55...
POLIS memburu dua lagi penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam lumba haram di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin yang mengakibatkan kematian. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor berkata, dua penunggang motosikal itu amat dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam pertaruhan hingga...
KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki patah kaki kiri selepas tersepit pada rim motosikal di Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras dekat sini hari ini. Ketika kejadian pada pukul 1 petang itu, mangsa Muhammad Shahir Zubir, 8, yang membonceng motosikal ditunggang bapanya dalam perjalanan ke sekolah. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor...
IDENTITI mangsa kemalangan jalan raya gagal dikenal pasti selepas mukanya hancur akibat dilanggar dan diseret beberapa kenderaan di Kilometer (KM) 70.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Pendang, malam tadi. Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang juga...
PONTIAN - Dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan empat tahun lemas ketika mengikuti keluarganya berkelah di kolam rekreasi Lata Sri Pulai, Pekan Nanas, di sini pukul 1.15 petang tadi. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh memberitahu, kedua-dua mangsa ditemukan lemas oleh orang ramai yang berada di pusat rekreasi...
KANAK-KANAK nyaris digilis selepas tercampak keluar daripada kereta dinaikinya dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat berhampiran ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Kuala Terengganu, malam tadi. Kejadian yang berlaku 8.30 malam itu tular di Facebook selepas video kejadian itu dikongsikan pengguna laman sosial itu. Difahamkan, mangsa tercampak keluar selepas pintu...