AHLI Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Nooh Gadot menerima sembilan jahitan di bawah dagu apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Kemuncak 14, Taman Nong Chik, Johor Bahru, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.47 tengah hari sebelum sepasukan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati Nooh dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang ketika mahu memasuki kediamannya.

“Beliau hanya cedera ringan iaitu lebam di dahi sebelah kanan dan luka di dagu.

“Cermin, bahagian depan dan belakang kereta Mercedes Benz yang dipandunya turut rosak akibat kemalangan itu,” katanya.

Katanya, Nooh mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital KPJ Pakar Puteri dan menerima sembilan jahitan di bawah dagu.

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.