Dua anggota tentera yang terlibat dalam operasi di hutan Royal Belum, Banding dekat Gerik maut manakala dua lagi cedera selepas khemah mereka dihempap pokok dalam kejadian malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata mereka yang maut dikenal pasti sebagai Koperal Mohd Safuan Hassan, 30 dan Lans Koperal Fahrurozi Abd Manaf, 32.

Mereka yang cedera pula dikenali sebagai Mohd Haizol Kamsiran yang mengalami patah kaki kanan dan Wilian Nisau Atong yang patah paha kanan, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata kedua-duanya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan sementara mayat pula dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan patah beberapa tulang rusuk dan pendarahan dalam paru-paru akibat dihempap pokok, ” katanya.

Mengulas insiden, beliau kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam ketika kesemua mangsa sedang tidur di dalam khemah berkenaan sebelum dihempap pokok besar yang tumbang semasa hujan dan angin kencang.

– Bernama

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.