Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon drama Gerak Khas, Nizen Ayom akibat kegagalan fungsi buah pinggang, hari ini.

Arwah yang memegang watak Inspektor Nizam dalam drama kepolisan itu  menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.55 pagi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Walaupun kurang dikenali berbanding rakan-rakan selebriti yang lain, namun pemergian Nizen tetap dirasai oleh seluruh warga seni tanah air.

Jika dilihat pada akaun Instagram miliknya, Nizen jarang sekali berkongsi tentang kehidupan peribadi apatah lagi memuat naik foto atau video.

Baca: Arwah Nizen pernah disihir, keluar paku dan rangka gigi dari badan

Namun, pada April lalu, arwah telah dimuat naik satu video ketika sedang makan bersama ahli keluarga di sebuah restoran seolah-olah sudah dapat merasai pemergiannya dalam masa yang terdekat.

Raut wajah arwah yang memandang muka ahli keluarga terutamanya ibunya cukup membuat ramai yang terkesan.

makan beramai ramai… ilovemy family

A post shared by Nizen Ayob (@nizenayob) on

Meskipun ajal dan maut merupakan rahsia Allah SWT, namun dalam video tersebut boleh dilihat keadaan arwah yang nampak ‘lain’ sedang bermanja-manja dengan ibunya.

Matanya yang sayu namun berkaca-kaca itu seolah-olah menunjukkan arwah sedang menahan perasaan sebak yang teramat sangat.

Semoga roh beliau dicucuri oleh rahmatNya dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Nizen Ayob

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.