PELAKON Nadiyah Shahab meluahkan rasa kesal apabila ada di kalangan netizen yang mempersoalkan tindakannya meletakkan emoji berbentuk hati pada sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Tindakan Nadiyah menutup bahagian dadanya pada gambar tersebut mungkin untuk mengelakkan komen-komen negatif daripada netizen.
Bagaimanapun pelakon asal Singapura yang dikenali menerusi drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini tetap menerima kecaman apabila ada segelintir netizen yang meremehkan tindakan itu dan merasakan adalah lebih baik Nadiyah menutup aurat.
“Ala setakat cover dengan emoji love buat apa, baik tutup aurat tu betul-betul,” tulis seorang netizen pada ruang komen.
Nadiyah bagaimana turut memberi maklum balas pada komen tersebut.
“Tutup salah, tak tutup salah,” balas Nadiya.
Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen yang mempertahankan tindakan Nadiya dan merasakan ia sebagai satu cara pelakon itu mengelakkan komen negatif.