Semalam, sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memberi tempat duduknya kepada wanita yang sedang sarat mengandung di dalam MRT, tular, selepas ia dimuat naik pengacara terkenal, Ally Iskandar ke media sosial miliknya.
Sehingga kini, rakaman video berdurasi 40 saat itu mendapat lebih 1.6 juta tontonan dari 3.4 ribu perkongsian di Facebook.
Posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang memuji sikap keprihatinan budak tersebut dan ada juga yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan budi pekerti orang Malaysia.
Tetapi ada kisah di sebalik video berkenaan. Rupa-rupanya budak lelaki dan wanita mengandung tersebut telah berpakat dalam hal ini.
‘Lakonan’ mereka dikenali sebagai eksperimen sosial yang mana ia dilakukan untuk menguji sikap keprihatinan individu dalam kehidupan bermasyarakat. Cayalahhh!
Eksperimen sosial jarang dilakukan di Malaysia tetapi reaksi orang awam yang tidak memberi tempat duduk itu adalah benar dan bukan lakonan semata-mata.
Pengajarannya, kita haruslah mempunyai sikap prihatin dan belas ihsan terhadap orang sekeliling terutama sekali bagi warga emas, OKU, ibu mengandung dan mereka yang tidak berkemampuan.
Sumber: Ally Iskandar