GEORGETOWN – Dua mayat ditemui, sementara seorang cedera dalam tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan jalan raya berkembar dari arah Paya Terubong menghala ke Relau, di sini, tadi.

Ketiga-tiga mangsa itu dijumpai kira-kira jam 5.08 petang tadi namun identiti belum diketahui.

Pada masa ini, pihak penyelamat sedang menjalankan kerja menyelamat di tapak runtuhan dan difahamkan sekurang-kurangnya 10 mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tersebut.

Difahamkan, kesemua mangsa itu dijumpai di bawah kontena yang dijadikan tempat tinggal pekerja tapak pembinaan tersebut.

Lokasi kejadian berada kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian runtuhan rasuk yang berlaku minggu lalu.

Kedua-duanya merupakan Projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.56 petang tadi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.