KUALA LUMPUR – Selepas sebulan keguguran, pelakon Syatilla Melvin, 26, diberi rezeki untuk hamil sekali lagi bersempena ulang tahun kelahiran suaminya hari ini.

Syatilla yang juga isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu berkongsi berita gembira dalam media sosial Instagram miliknya @samtilla sejam yang lalu.

“Alhamdulillah, tak putus rezeki Allah bagi. Ada hikmah, bulan lepas Tilla gugur sebab mungkin Allah nak bagi hadiah sempena hari lahir suami yang ke-36 hari ini.

“Sama-sama doakan kami supaya bayi ini sampai keluar tengok dunia nanti,” tulisnya.

Syatilla dan Shaheizy berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.