MANGSA culik Abby Hernandez mendedahkan bagaimana dia meneruskan hidup selama sembilan bulan dikurung, dirogol dan di seksa.

Remaja itu diculik ketika berusia 14 tahun dalam perjalanan pulang dari sekolah pada 9 Oktober 2013.

Ketika kejadian dia diajak oleh suspek yang tidak dikenali untuk menghantarnya pulang.Ketika itu dia bersetuju kerana kakinya sakit.

Dia diugut akan ditembak jika cuba keluar dari kenderaan lelaki itu.


Jelas Abby dia perlu bijak sekiranya untuk terus hidup.

“Saya beritahu padanya, ‘saya tidak menilai kamu perkara ini. Jika kamu lepaskan saya, saya tidak akan beritahu sesiapa perkara ini,” ujar Abby ketika memulakan temubual bersama ABC News.

Bagaimana pun percubaannya itu gagal dan mengambil keputusan mengikut apa sahaja arahan lelaki itu.

Lelaki tersebut, Nathaniel Kibby menyuruh Abby memanggilnya ‘Master’.


Tambah Abby, sepanjang dikurung di dalam sebuah kontena, fikirannya tidak pernah terlepas daripada berdoa untuk hidup.

“Saya hanya mahu hidup. Sekali lagi saya cuba berbaik dan memberitahunya bahawa dia bukan seperti orang jahat. Seperti orang lain, semua orang melakukan kesilapan…jika kamu lepaskan saya, saya tidak akan beritahu kepada sesiapa.”

Abby yang kini berusia 19 tahun turut menceritakan dirinya dipakaikan rantai pengesan anjing yang mempunyai renjatan elektrik sekiranya cuba menjerit.

“Dia pernah menyuruh saya untuk cuba menjerit, secara perlahan saya cuba dan terkena kejutan elektrik. Malah dia juga mengugut kontena itu akan meletup jika ada orang lain cuba selamatnya.”

Bagaimana pun sembilan bulan kemudian Abby dibebaskan selepas diberi dadah, dirogol berkali-kali dan diseksa.

Kibby dijatuhkan hukuman penjara 49-90 tahun kerana kesalahannya itu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.