Bila hidup dalam kesusahan dan kesempitan, ramai pula yang terdesak untuk mendapatkan wang pendapatan bagi menyara diri dan keluarga dengan memilih ‘jalan hitam’.

Terbaru, menurut laporan NST, terdapat sesetengah wanita tempatan di negeri Kelantan mengambil keputusan untuk bekerja sambilan sebagai pelacur.

Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan yang memiliki pendapatan rendah dan sasaran utama mereka adalah pelanggan warga asing dari Bangladesh dan Myanmar.

Menurut Ketua Pendakwa Raya Syarie Negeri Kelantan, Zaini Sulaiman berkata, perbuatan jijik ini menjadi trend yang semakin popular pada masa kini dalam kalangan wanita di sana. Astaghfirullah!

Berdasarkan rekod kami, banyak kes khalwat melibatkan wanita tempatan, termasuk mereka yang telah berkahwin dengan lelaki tempatan, dan lelaki asing.

“Mereka ditangkap ketika operasi oleh pihak berkuasa agama negeri ketika serbuan di beberapa hotel bajet.

“Golongan ini biasanya akan pergi ke hotel bajet di kawasan terpencil kerana tidak mahu aktiviti mereka dikesan.” katanya.

Namun lebih mengejutkan apabila mereka lebih tertarik dengan rupa paras warga asing yang kacak macam pelakon Bollywood. Fuhh ada yang rupa macam Shah Rukh Khan tak?

Haihhh! Banyak lagi cara lain nak tambah pendapatan selain terlibat dalam maksiat. Tak takut dengan azab Allah ke?

Sumber : NST

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.