KERALA: Seorang penyokong tegar pasukan bola sepak Argentina telah menghilangkan diri dan dipercayai membunuh diri susulan kecewa dengan persembahan pasukan kegemarannya pada kejohanan Piala Dunia FIFA Rusia 2018 awal pagi ini.

Lelaki berusia 30 tahun itu meninggalkan sekeping nota dengan ayat yang memberi bayangan seolah-olah ingin membunuh diri selepas menonton perlawanan melibatkan pasukan Argentina yang tumpas 0-3 kepada Croatia.

Menurut ahli keluarga, Dinu Alex yang berasal dari daerah Kottayam, Kerala, India pernah meluahkan rasa bimbang apabila rakan-rakannya mempersendakan pasukan kegemarannya itu.

Polis dilaporkan telah memeriksa telefon bimbit Dinu dan menemui beberapa keping gambar pemain kebanggaan pasukan Argentina, Lionel Messi, lapor media tempatan Goal.

Dalam nota yang ditinggalkannya, Dinu yang menghilangkan diri dipercayai sangat kecewa dengan persembahan pasukannya itu.

“Saya telah menonton kesemuanya apa yang saya perlu tonton. Apa yang tinggal untuk saya tonton sekarang?

“Saya mahu menyelam sedalam-dalamnya,” tulisnya dalam nota tersebut.

Berdasarkan nota itu, polis mengarahkan pencarian di sungai berhampiran rumahnya.

Siasatan polis tidak menolak kemungkinan Dinu melarikan diri bagi mengelak dipersendakan rakan-rakannya.

Pasukan Argentina dan Brazil mempunyai peminat yang ramai di daerah ini. Setiap kali perlawanan Piala Dunia berlangsung, persaingan di antara peminat kedua-dua adalah satu kebiasaan di sini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.