PETALING JAYA: Rata-rata netizen terus menolak lagu Bobo Dimana nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang berkolaborasi dengan Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna.
Terbaharu, video lirik lagu itu yang trending No 1 di laman YouTube pada Jumaat dengan merekodkan hampir 1.4 juta tontonan digunakan sebagai platform netizen untuk menterjemahkan rasa kurang senang mereka.
Video yang baharu dimuat naik dua hari lalu menerima 129,000 tanda ‘tidak suka’ dan hanya 16,000 tanda ‘suka’.
Aliff Syukri menerusi Instgramnya sebelum ini memberitahu video rasmi lagu itu akan dipertontonkan kepada umum dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi.
Ainiasmee berkata:”Shame… shame… shame… on u Dato. Produk Dato saya dah buang dah, sumpah tak akan beli lagi sampai bila-bila.”
Rina_Maliana berkata:”Too bad! Merosakkan minda anak-anak. Dan perangai budak-budak. Nak duet pun pergi la cari artis Indonesia terkenal Krisdayanti ke Cakra ke? B**** tu nak pergunakan dato je nak terkenal kat Malaysia. Doa yang baik-baik je lah. Jadikan iktibar dah lepas ni.
Aimanyus23 berkata:”Maaf abg… saya bukanlah baik mana tapi saya terkilan sangat-sangat music video ni sangat-sangat keterlaluan. Sekarang ni budak-budak pun dok main IG… FB… Youtube… bayangkan tiba-tiba anak-anak Dato tengok MV ni dan tanya… Papa x malu ke… Dato nak jawab apa.
Nieysa_razak berkata:”Maaf… serious video clip sampah pernah aku jumpa!
Terdahulu, Aliff Syukir dikecam netizen gara-gara memuat naik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.
Perkara itu turut mendapat perhatian personaliti TV, Wardina Safiyyah yang meminta agar video tarian melampau itu dipadamkan.
Malah, tindakan itu turut mendapat perhatian ibunya, Rozita Ibrahim yang menegur Aliff Syukri secara berlembut di Instagram.
Aliff Syukri bagaimanapun memadam video tarian tersebut selepas dikecam netizen.