PETALING JAYA: Tindakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim naik ke pentas dan menari mengiringi persembahan penyanyi mirip MGR ketika menghadiri Majlis Malam Komuniti India di sini malam Khamis mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen menegur suami timbalan perdana menteri itu kerana bimbang dengan masalah kesihatan yang dialaminya beberapa bulan lalu.

Pada 13 Julai lalu, Anwar selamat menjalani pembedahan pada bahu kanan yang mengalami kecederaan serius pada kaf rotator di Turki.

Sebelum itu, beliau menjalani pembedahan mikro bagi merawat sakit belakang yang kronik terkait kegelinciran disk dan pembedahan tulang belakang.

Alif Papastathopoulos berkata:”Bukan apa, baru-baru ni dia sembang sakit tulang belakang. Tapi menari beria pulak. Mungkin doa sahabat dia Yusuf Qardawi, dia cepat sembuh sakit belakang.”

Zubir Abdullah berkata:”Hari tu bukan main lagi berbalut tangan sakit mcm nak putus tangan tu… ni boleh pula berjoget lambak bagai.”

Dalam pada itu, ada netizen yang menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar ditunjukkan bakal perdana menteri.

Nizam Ali berkata:”Sihat bakal PM ni. Ni yang kita nak… bila lagi?.”

Enchewel Derahman berkata:”Allah beri rahmat kpd kamu terlepas dari seksa dunia… apakah sepatutnya kamu balas dengan joget bersukaria? tunjuklah contoh yang baik.”

Namun disebalik kecaman itu, ada netizen yang menganggap video tarian itu tidak perlu dijadikan isu.

Nor Azlina berkata:”Manusia ni ada masa sihat ada masa sakit ada masa sedih ada masa bergembira. Itulah putaran kehidupan, semua tu setiap orang pernah rasa. Normal je kot…yangg tak normal tu orang-orang yang komen seolah-olah dia tak pernah sakit tak pernah sedih dan tak pernah nak berseronok.

Zalina Jamiron berkata:”DSAI tu bukan sesiapa lagi dalam pemerintahan kerajaan sekarang. Apa yangg kau orang nak marah sangat.”

Video Anwar menari ala pelakon filem Tamil popular, mendiang M.G Ramachandran (MGR) tular di media sosial.

Persembahannya itu disaksikan lebih 500 penduduk yang menghadiri program terbabit sempena kempen calon PH Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/09/07/video-menari-anwar/#1JaxiEmY1T48oxmg.99

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.