DUNGUN – Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan maut terjerut tali bidai tingkap dalam kejadian di rumahnya di Bandar Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS), semalam.

Mangsa, Muhammad Azhari Zul Azri dikejarkan ke Klinik Kesihatan AMBS oleh bapanya Zul Azri Hashim, 38 sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Difahamkan, bapa mangsa yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menerima panggilan kecemasan daripada isterinya mengatakan anak mereka kemalangan di dalam rumah.

Setibanya di rumah, kanak-kanak malang yang dipangku ibunya dikejarkan ke Klinik Kesihatan AMBS oleh bapanya dan disahkan sudah meninggal dunia pada jam 7.30 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan telah dirujuk kepada pakar di Hospital Dungun untuk bedah siasat.

“Punca sebenar kematian akan diketahui apabila bedah siasat selesai.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.