DETROIT: Seorang biskop utama yang menguruskan majlis pengebumian Ratu Soul, Aretha Franklin di Detroit, Amerika Syarikat teruk menerima kecaman selepas sebuah video tersebar yang memaparkan seakan dia menyentuh payu dara penyanyi pop Arina Grande.
Ariana yang hadir bagi menyampaikan lagu ‘A Natural Woman’ turut kelihatan keliru ketika kejadian berlaku.
Biskop Charles H. Ellis III bagaimanapun memohon maaf dengan mengatakan beliau tidak sedar tindakan ‘terlebih mesra’ pada majlis itu.
Kata Ellis, dia tidak berniat langsung untuk menyentuh payu dara mana-mana wanita.
Namun kecaman di media sosial bertalu-talu muncul dengan #RespectAriana, meminta Ariana dihormati.
Ketika kejadian, antara yang hadir adalah bekas presiden, Bill Clinton, pejuang hak sivil, Jesse Jackson dan pemimpin Nation of Islam Louis Farrakhan.