Mejar (B) Razali Zakaria, yang pernah bersama kumpulan pelampau Baju Merah pimpinan Datuk Seri Jamal Yunos mengesahkan bahawa dirinya telah menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan bakal menerajui cawangan Cheras Baru.

Razali berkata surat untuk membuka cawangan dan senarai nama ahli jawatankuasa telah dikemukakan kepada jawatankuasa pusat bulan lalu.

Bekas Ketua Umnor Bandar Tasik Jaya itu berkata beliau kini menunggu surat kelulusan rasmi serta tarikh daripada jawatankuasa pusat untuk merasmikan cawangan itu.

“Buat masa ini saya telah mendapatkan kira-kira 50 orang (untuk menyertai PAN). Ada banyak lagi yang mahu menyertai tetapi saya meminta mereka untuk datang semasa pelancaran,” katanya dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini.

Razali berkata ini adalah selaras dengan janjinya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berjanji akan mendapat lebih banyak ahli, khususnya dari Umno dan PAS untuk menyertai PAN.

Ditanya sama ada timbul sebarang bantahan ketika beliau merancang untuk menyertai parti itu, Razali berkata tidak ada bantahan tetapi sebaliknya beliau dialu-alukan.

Pada Jun lalu, Razali yang sering bersama Jamal dalam beberapa protes jalanan mengumumkan dirinya meninggalkan Umno pada satu sidang akhbar di Seremban.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.