Setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), tumpuan rakyat kini beralih pula kepada berita penggeledahan barang bukti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Proses siasatan yang memakan masa itu mendapat perhatian netizen dan kenalan rapat beliau.
Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan keadaan bekas Perdana Menteri itu yang disifatkan tidak wajar diperlakukan sedemikian apatah lagi ketika menyambut bulan Ramadhan.
Seorang kenalan rapat beliau juga turut memuatnaik gambar Najib yang tertidur di sofa sementara anggota polis yang lain sedang melakukan operasi. Kenalan beliau juga mengatakan sepatutnya bekas Perdana Menteri itu perlu dihormati dalam apa jua situasi.
Namun, pendapat dan luahan dari netizen disangkal oleh Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin. Beliau berpendapat apa yang terjadi kepada Najib hanyalah kerana mengikut siasatan berbanding Tun Mahathir yang telah ditarik hak keistimewaanya sebelum menjawat kembali jawatan sebagai Perdana Menteri. Beliau juga mengakui semua yang berlaku di depan matanya.
Baca perkongsian Adam Mukhriz yang dimuat naik di Facebook miliknya.