Baru-baru ini, nama isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bualan ramai. Foto Datin Rosmah banyak dimuat naik di media sosial dan rata-rata netizen mengutuk dan mencela bekas ‘First Lady’ itu.

Isu tersebut mendapat perhatian usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri yang memuat naik gambar berserta kapsyen meluahkan rasa kesal pada netizen yang menggunakan media sosial untuk menghina Datin Seri Rosmah.

Aliff memberitahu, beliau rasa simpati kerana nama Rosmah bukan saja menjadi bualan hangat di Malaysia, malah satu dunia kini memperkatakan tentang isteri bekas PM itu.

Kata Aliff lagi, dia tidak menyangka begini rupanya kisah dunia politik. Selama ini dia sangkakan menjadi orang politik sesuatu yang indah, tetapi rupanya tidak.

Luahan tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan pendapat Aliff kerana pada mereka Aliff tidak memahami kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Malaysia.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan situasi rakyat Malaysia ‘dirompak’ dengan isu Aliff menyerang pekerja yang mencuri perabotnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.