Ketua Pemuda Umno Pahang Mohd Shahar Abdullah mengingatkan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak menyibuk dalam urusan “rumah tangga Umno”.

Shahar yang juga anggota parlimen Paya Besar berkata lebih baik Syed Saddiq menumpukan usaha untuk “menaikkan” diri sebagai menteri belia dan sukan.

“Syed Saddiq perlu menjadi menteri belia bagi menumpukan usahanya membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bergaji RM4,000 ke bawah yang mengharapkan Pakatan Harapan menunaikan janji mereka sebelum menang PRU14.

“Syed Saddiq kena sedar, ramai anak-anak muda juga ternanti-nantikan satu juta peluang pekerjaan yang dijanjikan Pakatan Harapan walaupun kerajaan baru kini sedang sibuk bertungkus-lumus untuk menggambarkan ekonomi negara seakan-akan tenat,” sindirnya.

Syed Saddiq antara nama pilihan netizen sebagai menteri belia dan sukan, selain anggota parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan anggota parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Syed Saddiq yang juga anggota parlimen Muar dilapor menyiarkan surat terbuka kepada Pemuda Umno pada 3 Jun lalu.

Beliau berkata parti itu masih terperangkap dalam masa silam apabila pihak yang menawarkan diri bertanding jawatan Pemuda Umno berusia lebih 40 tahun.

Baca: ‘Calon Ketua Pemuda Umno 48 tahun? Memalukan…’

Nama-nama itu antaranya bekas timbalan menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.