MCA akan menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Presiden parti itu, Liow Tiong Lai berkata ia merupakan keputusan sebulat suara MCA yang akan disampaikan kepada BN kemudian.

Ditanya sama ada MCA akan keluar BN, Liow menjawab dengan peribahasa Cina.

“Biar saya ulang sekali lagi, BN sudah ming cun shi wang (BN hanya wujud pada nama, tapi realitinya sudah mati).

“Kita perlu tumpukan pada pembaharuan setiap parti. Kita masih percaya pada masa depan (MCA).

“Kita memasuki babak baru,” kata Liow pada sidang media di ibu pejabat MCA hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.