KUALA LUMPUR – Sebanyak 99 jenis barangan mengalami kenaikan harga hasil pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), di premis-premis sekitar ibu negara.

Pengarahnya, Ummi Nasrah Othman berkata, premis-premis perniagaan yang periksa termasuk pasar raya, pasar awam, pasar basah dan lain-lain seperti kedai runcit, kedai serbaneka serta restoran.

Menurutnya, bagaimanapun, sebanyak 103 jenis barangan direkodkan menunjukkan penurunan harga.

“Antara kenaikan yang dicatat termasuk ayam proses yang menunjukkan peningkatan purata sekitar 30 sehingga 50 sen, di beberapa lokasi. Namun, di sesetengah lokasi tertentu, harga ayam turun 20 sen daripada RM6.70 kepada RM6.50.

“Harga ikan cencaru sebaliknya mengalami penurunan RM1.00 daripada RM8.00 kepada RM7.00. Begitu juga udang putih (banana prawn) sebagai contohnya turun kepada RM24 sekilo iaitu penurunan sebanyak RM2.00 daripada RM26.00 sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan harga barangan adalah tertakluk kepada pasaran terbuka, pihaknya mengesyorkan supaya pengguna menjadi pengguna bijak sebelum membeli-belah.

Katanya, pengguna juga harus memanfaatkan aplikasi Price Catcher dalam membantu membuat perbandingan harga dan membantu dalam membuat keputusan untuk membeli-belah di lokasi yang bersesuaian.

Dalam pada itu, Ummi Nasrah turut memaklumkan bahawa tiada sebarang aduan diterima pihaknya sepanjang tempoh dua minggu.

Selain itu, KPDNKK WPKL juga membuat pemeriksaan dan pemantauan di bazar Ramadan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.