loKUALA LUMPUR – Enam anggota bomba dipercayai mati lemas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya dekat sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kesemua anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor itu dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras.

Kesemua mayat berjaya ditemukan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian.

Keenam-enam anggota bomba tersebut sebelum itu terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan pada pukul 5.50 petang tadi.

Berita lanjut menyusul. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.