MADRID – Zinedine Zidane meletakkan jawatannya sebagai Pengurus Real Madrid berkuatkuasa serta merta sekali gus mengejutkan dunia bola sepak dan penyokong kelab itu.

Pengurus warga Perancis itu mengumumkan pengunduran itu dalam satu sidang media tergempar sebentar tadi di Madrid selepas pat hari menjulang Liga Juara-Juara Eropah Ahad lalu.

Zidane mengambil peranan menerajui skuad yang ditinggalkan oleh Carlos Ancelotti pada pada Januari 2016.

Dibawah kendaliannya, Zidane berjaya menempah namanya antara pengurus terbaik di Santiago Bernabeu sepanjang dua setengah tahun ini apabila mencipta sejarah sebagai pengurus pertama menjulang kejuaraan Eropah selama tiga musim berturut-turut.

Selain itu Zidane juga berjaya menjulang Piala La Liga musim lalu selain lima lagi gelaran besar untuk kelab itu.

Presiden kelab itu Florentino Perez dalam sidang media khas itu mendedahkan bahawa Zidane datang berjumpa dengannya sebelum meluahkan berita mengejutkan itu semalam.

“Saya terkejut setelah dia memaklumkan berita mengenai pengundurannya semalam sehingga saya menjadi kaku,” katanya.

Dia juga mengakui berita Zidane itu merupakan satu hari menyedihkan untuk kelab itu tetapi menyatakan keyakinan Zidane akan kembali ke kelab itu suatu hari nanti.

Zidane dengan nada tenang berkata:” Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Real Madrid.

“Ia merupakan saat dimana saya perlu berundur kerana percaya tradisi kemenangan ini perlu diteruskan dan kelab ini memerlukan perubahan.

“Ia memerlukan satu lagi metodologi bola sepak. Saya sangat sayangkan kelab ini,” katanya.

Bagaimanapun bekas pemenang Ballon d’Or mendedahkan dia meningalkan kelab itu kerana merasakan kelabnya telah mengharugi satu saat yang sukar musim ini.

Zidane juga mengakui dia terjejas akibat dibuli dan diboo oleh penyokong kelab itu sambil mendesak penyokong setia kelab berdiri teguh di belakang pemainnya termasuk pada setiap saat getir selepas ini.

“Saya juga mengharungi hubungan yang istimewa dengan penyokong sebagai pemain dan juga pengurus.

“Kami melalui saat sukar bersama musim ini dengan pemilik dan juga kelab.

“Segala ini berlaku atas desakan penyokong dan pemain skuad ini memerlukan perubahan itu. Terima Kasih,” katanya.

Bagaimanapun dalam sidang media itu individu yang bakal menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Zidane tidak diumumkan.

Bagaimanapun jurulatih pasukan remaja Real Madrid Guti dan bekas Pengurus Arsenal, Arsene Wenger antara calon yang dikaitkan kuat untuk kerusi panas itu.- MalaysiaGazette

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.