PELAKON Zahirah MacWilson yang sedang menikmati percutian di Pulau Bali, Indonesia menarik perhatian netizen kerana pakaiannya.
Foto Zahirah memakai gaun berwarna jingga yang dimuat naik di laman Instagramnya menerima pelbagai reaksi seperti pakaian itu terlalu seksi.
Gaun yang digayakan pelakon drama Mentari itu menampakan kain hitam yang disangkakan seakan-akan pakaian dalam.
Salah seorang pengikutnya di laman sosial tersebut menegur kain hitam di bahagian dadanya.
“Nampak bra,” tulis individu di ruang komen foto tersebut.
Namun Zahirah dilihat tidak melatah dah membalas semula komen tersebut dengan mengatakan kain hitam itu bukan pakaian dalam.
“Not a bra buddy,” kata Zahirah.
Malah, ada juga segelitir mereka yang lebih menyukai pemakaian Zahirah ketika memegang watak Athea menerusi drama bersiri Tiada Cinta Sepertimu.
Menurut mereka, Zahirah kelihatan lebih cantik tanpa perlu mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya.
“Jatuh cinta dengan Athea. Kalau tak pakai tudung pun sekurang-kurangnya pakai sopan macam Athea dalam rumah. Malu adik-adik yang tengok. Apa-apa saya masih sayang awak.
“Dulu memang minat Zahirah tapi bila tengok ni kecewa juga. Dulu agak sopan, sekarang dah berani buka-buka. Seksi. Zahirah tolong jangan hanyut terus.
“Kalau akak ni tutup aurat sikit mesti lagi cantik kan,” komen beberapa pengikutnya.
Bagaimanapun, kebanyakan komnen ada yang memuji dan suka melihat kecantikan bekas kekasih pelakon Zul Ariffin ini.