Polis memburu seorang lelaki dikatakan menyerang dan cuba merogol seorang wanita warga emas pada 21 September lalu.
Kejadian berlaku berhampiran Courtland Avenue di Bronx, New York apabila suspek mengekori mangsa sebelum mencabul di kediamannya.
Pasukan polis kini giat mengesan suspek selepas ahli keluarga wanita itu membuat laporan polis beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku.
Menurut polis, suspek mengekori mangsa sebelum masuk masuk ke dalam rumahnya.
Selepas itu, suspek dikatakan merebahkan wanita itu sebelum menanggalkan pakaiannya.
Namun, mangsa bernasib baik kerana tidak sempat dirogol apabila terdapat ahli keluarga mangsa yang menyedari insiden itu.
Lebih teruk, mangsa tidak mampu untuk bercerita mengenai kejadian itu kerana dia disifatkan sudah nyanyuk.
Suspek dikatakan berusia dalam lingkungan 35 tahun dan memiliki ketinggian sekitar 5 kaki 10 inci.
Kali terakhir suspek dilihat mmakai baju berwarna putih dan berseluar hitam dengan topi. – ABC7.NY