Media sosial Malaysia masih belum reda dengan isu seorang pelajar sekolah menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah atas kegagalannya dalam peperiksaan.
Walaupun isu ini berbangkit beberapa hari lalu, masih ramai orang yang membincangkan tentangnya sehingga ke hari ini.
Remaja yang berusia 17 tahun itu dikenali sebagai Ieka Tajudin merupakan seorang instafamous yang mempunyai fan base yang kuat dengan jumlah pengikut seramai 431k di Instagram.
Menurut pendapat seorang pengguna di Twitter, dengan jumlah fan base yang seramai itu, tidak mustahil Ieka boleh memperolehi pendapatan melebih RM12,000 sebulan daripada hasil paid review.
Nurul Fariza turut memberikan angka dalam pengiraannya pendapatan gadis itu.
Angka tersebut telah mengejutkan ramai pengguna yang lain Rata-rata mereka berasa ‘kagum’ dengan sikap berdikari Ieka yang sanggup mengorbankan pendidikannya semata-mata mahu mencari sumber pendapatan sendiri.
Tidak kurang pula yang cemburu dengan Ieka kerana berjaya menjana pendapatan sendiri walaupun masih bergelar seorang pelajar sekolah.
Ada juga segelintir netizen yang menasihati Ieka supaya tidak terlampau leka mencari pendapatan sebaliknya beliau perlu fokus dalam pelajarannya kerana apa yang menjaga kita di masa hadapan bukanlah wang ringgit sebaliknya ilmu dan pengetahuan yang dimiliki.
Seorang pengguna lain turut berkongsi pengalaman beliau berkenalan dengan seorang pelajar sekolah yang sudah pandai mencari pendapatan sendiri seawal usia 12 tahun lagi.
Namun, ada juga yang berasa pelik dengan sikap netizen yang ‘busy body’ dan suka mengambil tahu kisah orang lain.