PELAKON hebat Datin Seri Umie Aida telah menulis status yang bunyinya agak sinis dipercayai ditujukan kepada pelakon junior Johan As’ari.
Tulis Umie; ‘Berdiam itu lebih baik daripada bercakap. Bila cakap nampak tahap pemikiran seseorang itu. Sad!’
Turut disertakan di status tersebut adalah paparan artikel mengenai Johan yang meminta agar rumah Tun M juga diperiksa.
Tulisan Umie di Facebooknya itu telah mendapat reaksi daripada netizen.
Terdahulu Johan As’ari telah menulis kata-kata yang mungkin agak pedas bagi sesetengah orang di Twitternya @JohanAsari terutama pengikut setia Tun Dr. Mahathir.
Tulisnya, ‘Cuba check rumah Tun, mesti banyak jugak duit.’ diikuti dengan emoji duit.
Baca: ‘Cuba check rumah Tun, mesti banyak juga duit’ – Johan As’ari
Johan yang dihubungi mengakui bahawa dia yang menulis kata-kata itu.
“Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak,” katanya ringkas.
Baca: Johan As’ari mengaku salah, minta maaf kepada Tun M
Walaupun begitu, ia tidak bermaksud yang Johan tidak menghormati Tun Dr. Mahathir.
“Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta,” katanya lagi.