SHAH ALAM – Seorang pemilik rumah sewa di Seksyen 7, di sini berang dengan tindakan seorang penyewa yang membawa tiga orang lelaki bukan muhrim masuk ke rumahnya.
Tindakan tidak bertanggungjawab penyewa asal Kelantan yang hanya dikenali sebagai Fatin itu terbongkar apabila tuan rumah sendiri datang ke rumah sewa tersebut, baru-baru ini.
Salah seorang penghuni rumah yang lain, Aini memberitahu Fatin turut memecah masuk penyewa yang lain ketika dia sedang cuti semester.
Katanya, pada hari pertama Fatin masuk, dia sudah merasa tidak sedap hati.
Ini kerana Fatin mengaku dirinya berasal dari Pahang seolah-olah malu dengan negeri kelahirannya.
“Ada satu hari ketika saya pulang ke rumah, bilik tengah yang sepatutnya kosong waktu itu terbuka suis lampu dan kipas. Saya rasa pelik kerana bilik itu kepunyaan pelajar Sarawak yang pulang ke kampung halaman,” ujarnya.
“Bukan itu sahaja perbuatan aneh Fatin, kadang-kadang dia sengaja membiarkan pintu biliknya terbuka untuk melihat saya sudah tidur atau belum. Mungkin mencari peluang untuk membawa masuk lelaki ke biliknya,” ujarnya.
Bagaimanapun, semuanya terbongkar apabila satu hari Aini mengesyaki ada sekumpulan lelaki di dalam rumah tersebut apabila terdengar bunyi katil dalam bilik Fatin serta terjumpa beberapa pasang kasut lelaki.
“Saya takut dengan kejadian tersebut dan terus menelefon tuan rumah. Rupanya kawan Fatin bukanlah penyewa dan rumah itu ia hanya disewakan kepada perempuan sahaja,” ujarnya.
Akhirnya, tuan rumah telah mengambil tindakan tegas terhadap Fatin dan tidak membenarkan dia terus menyewa di rumah itu lagi.
Hasil pemeriksaan di dalam bilik Fatin menemui banyak puntung rokok dan tuala wanita yang tidak dibuang.
Semoga wanita-wanita di luar sana ambil pengajaran dan janganlah jadi seperti Fatin. Maruah anda sangat mahal, ibu-bapa anda tidak membesarkan anda untuk melacurkan diri sendiri.