SYDNEY: Seorang pekerja di Australia menerima gaji 100 kali ganda berbanding jumlah sebenar berikutan kecuaian pihak pengurusan yang silap meletak titik perpuluhan.
Pekerja berkenaan sepatutnya menerima gaji sebanyak A$4,921.76 (RM14,810) tetapi sebaliknya mendapati beliau menerima A$492,176 (RM1.48 juta) gara-gara kesilapan itu.
Perkara itu dilaporkan oleh ketua audit wilayah yang menganggapnya sebagai kecuaian manusia.
Pekerja terbabit yang berpangkalan di utara bagaimanapun memulangkan semula wang itu kepada pihak berkaitan.
Ketua Audit berkenaan mengesahkan bahawa bayaran itu dibuat empat minggu lebih awal dan boleh dilaksanakan lebih awal jika pekerja itu tidak ditempatkan di kawasan terpencil seperti sekarang.
Laporan oleh ketua audit itu turut menyenaraikan dua jenis kesilapan iaitu kesalahan pada bahagian kemasukan data dan kegagalan pihak berkaitan menangani sistem digunakan.
Ia adalah antara 743 kesilapan membabitkan lebihan bayaran yang dibuat jabatan kerajaan Wilayah Utara sepanjang Julai 2017 dan Januari 2018. – Agensi