Orang Malaysia ni ramai yang kelakar dan lucu. Setiap hari, ada sahaja jenaka yang mereka cipta untuk menghiburkan hati orang ramai.

Baru-baru ini, viral di media sosial sebuah video yang menampilkan satu tarian pelik yang dipersembahkan oleh beberapa orang lelaki dan perempuan sehingga menjadi bahan ketawa orang lain.

Namun begitu, ada kisah disebalik tarian ni. Jeng jeng jeng! Sebenarnya semua ini adalah promosi buat persembahan teater bertajuk Kembang Layarku.

Seperti yang dijangkakan, ramai yang mentertawakan tarian ini di ruangan komen. Pelbagai jenaka yang keluar memperlekehkan tarian ini.

Bagaimanapun, ada juga meluahkan kekecewaan terhadap netizen yang memperlekehkan video ini kerana tidak menyiasat dengan secara mendalam terlebih dahulu.

Kumpulan ini bernama Stefani atau nama penuhnya Sanggar Teater Fauziah Nawi. Ya, Fauziah Nawi pelakon terkenal tanah air kita. Di bawah ini merupakan video sebenar yang menunjukkan apa sebenarnya yang sedang lakukan.

Teater ini dikatakan penuh dengan pengajaran dan unsur-unsur moral yang telah disuntik terutamanya kepada anak muda. Wah, baguslah kalau macam tu. Bukan sekadar lakonan kosong saja, ada juga pengajarannya.

Jadi kepada orang lain di luar sana janganlah cepat judge sesuatu benda yang kita tidak fahami. Kelak kita pula yang akan dianggap cetek pemikiran kerana tidak menghormati setiap seni yang ada.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.