TANGGA di Kuil Batu Caves yang berwarna-warni, kini viral di media sosial sehingga berjaya menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah penganut agama lain ke rumah ibadat agama Hindu tersebut.
Bagaimanpun, tindakan segelintir pelancong Muslim yang mengunjungi tempat itu telah menimbulkan rasa kurang senang individu yang lain kerana beranggapan ia bertentangan dengan ajaran Islam.
Ada juga komen dari netizen yang meluahkan kebimbangan dirasuk oleh makhluk halus kerana mengunjungi tempat yang tidak sepatutnya.
Bagaimanpun, netizen yang lain tidak cepat melatah dan merasakan isu ini tidak perlu diperbesarkan.
Ini kerana, Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa sudah dan tentu ada agama lain. Apa salahnya kita ambil tahu sedikit tentang agama lain, bukan untuk diamalkan tapi sebagai ilmu sahaja.