Seorang lelaki di Indonesia terpaksa dikejarkan ke hospital setelah kemaluannya disapu dengan Balm oleh isterinya.
Menurut sumber, lelaki yang dikenali sebagai Daud itu memberitahu isterinya yang tidak pernah puas di ranjang menyebabkan dirinya diperlakukan sebegitu.
Pasangan yang baru berkahwin selama setahun ini mengalami masalah apabila Daud disahkan mati pucuk. Hal ini menyebabkan isterinya itu kecewa.
Berang kerana kepuasannya tidak dipenuhi, si isteri bertindak menyapukan Balm atau minyak panas pada bahagian sulit suaminya ketika Daud sedang tidur.
Menurut lelaki berusia 35 tahun itu, dia sudah berusaha untuk menyembuhkan penyakit yang dialaminya sejak lima bulan lalu tetapi menemui jalan buntu.
Si isteri pula mahu mengugut cerai kerana kepuasannya tidak dipenuhi. Lebih mengejutkan si isteri pernah memukul suaminya dengan batang penyapu dan menyebabkan kepala Daud cedera.
Suspek kini sudah ditahan reman oleh pihak polis Medan Tembung. Menurut suspek, perkahwinan mereka dirancang oleh kedua-dua orang tuanya.
RELATED ITEMS: