Laporan terbaru mendedahkan, aktiviti penyalahgunaan dadah di Kelantan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini meningkat dengan catatan 6,653 Orang Kena Pengawasan (OKP) berbanding 4,410 OKP tahun lalu

Memetik laporan Bernama, jajahan Kota Bharu merekodkan jumlah OKP paling tinggi iaitu 1,476 orang diikuti Bachok (977 OKP) manakala golongan belia berusia 20 hingga 39 tahun merupakan pengguna dadah teramai.

Pil kuda merupakan dadah paling popular dan menjadi pilihan dalam kalangan penagih di negeri ini pada 84 peratus berbanding bahan terlarang yang lain.

Pada tahun 2015, Kelantan terus mencatat jumlah peratusan penagih dadah Methamphetamine atau pil kuda paling tinggi iaitu sebanyak 76.6 peratus berbanding negeri-negeri lain.

Permintaan dadah jenis itu mendapat permintaan tinggi di negeri ini walaupun kadar harga dadah berkenaan lebih tinggi berbanding jenis yang lain kerana mudah diperoleh dari negara jiran, Thailand.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.