ATLANTA, AMERIKA SYARIKAT – Seorang wanita membakar dua anaknya hidup-hidup dalam ketuhar, dan menghantar rakaman pembunuhan kejam itu kepada bekas suaminya.

Laporan New York Post mengatakan Lamora Williams, 24, memasukkan Ke’Younte Penn, 2, dan Ja’Karter Williams, 1, ke dalam ketuhar di antara Khamis dan Jumaat minggu lepas.

Williams kemudian menghantar rakaman menunjukkan kedua-dua mangsa terbaring hangus di atas lantai kepada bapa mereka, Jameel Penn.

Penn kemudian segera menelefon 911 dan Williams ditangkap menggunakan waran, Sabtu lepas.

Williams yang kini ditahan atas dakwaan membunuh, disahkan mengalami sakit mental yang belum dikenal pasti.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.