KUALA LUMPUR – Semua orang tahu Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak memiliki kereta mewah sebaliknya beliau memandu kereta jenis Viva.

Sebagai seorang yang berstatus menteri, ada yang beranggapan, gaya hidup Mat Sabu perlu berubah dan beliau perlu berada di dalam kelas sejajar dengan jawatan yang disandang.

Ini kerana orang ramai melihat, Mat Sabu bukan orang biasa-biasa, bukan pembangkang tetapi beliau kini adalah seorang Menteri Pertahanan dan salah seorang daripada menteri Kabinet yang dilantik oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi kerajaan Pakatan Harapan.

Sokongan melampau terhadap Mat Sabu sampai ke tahap menyeru orang ramai agar menyumbang RM1 untuk Tabung Kereta Baru Mat Sabu (TKBMS).

Disertakan sekali dengan nombor akuan untuk caruman, menerusi media sosial Twitter Mohamad Sabu @MSabu_Offical, penularan kenyataan TKBMS ini adalah palsu dan tidak benar.

Berita palsu seperti ini harus dikekang dan dihentikan kerana ia boleh memudaratkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Menteri Pertahanan dan sekali gus, turut memberi impak secara tidak langsung ke atas kerajaan.

Dengan ini, diharap pihak penguatkuasa yang berkenaan termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat membanteras kegiatan penularan yang palsu seperti ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.