KUALA LUMPUR – Setelah berdiam diri selama hampir dua hari, pelakon Syafiq Kyle memberitahu bahawa dia sedang berusaha menyelesaikan isu video lucah mirip dirinya yang tular di Twitter sejak Ahad lalu.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohamad Shafiq Shamim Abdul Razak, 26, memberitahu bahawa dia dan pihak pengurusannya sedang mempertimbangkan jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

“Saya dan pihak pengurusan sedang berusaha menamatkan kemelut ini secepat mungkin dan memandang serius penularan video yang mengaitkan nama saya.

“Jika hal ini masih berterusan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di laman Instagramnya.

Syafiq juga dalam masa sama memohon agar perkara ini tidak dipanjangkan bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Sementara itu, pelakon drama Nur ini juga menegaskan bahawa semua penyebaran mesej Instagram atau DM berkaitan isu ini juga tidak benar sama sekali.

Baca: Syafiq Kyle minta maaf, rayu padamkan video

“Kejadian ini banyak memberi pengajaran kepada saya dan dalam masa sama mematangkan saya selaku seorang selebriti.

“Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pihak media terutama peminat. Mohon maaf juga kerana saya memilih tidak menjawab sebarang panggilan telefon kerana mahu memastikan isu ini ditangani dengan cermat,”jelasnya lagi.

Terdahulu, video lucah seorang lelaki milik Syafiq tersebar dijual di laman Twitter sejak malam Ahad lalu dengan harga RM20. – K! ONLINE

Baca: Video Syafiq Kyle mel**cap tersebar?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.