SKUAD sepak takraw antara regu negara menghadiahkan kilauan emas keempat buat negara apabila menewaskan Indonesia 2-1 sebentar tadi.
Pemain negara bagaimanapun bermula agak perlahan apabila tewas set pertama 18-21.
Namun di set kedua, kebangkitan luar biasa dipamerkan mereka apabila bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Indonesia 23-21.
Di set ketiga, keyakinan membara pemain negara nyata terserlah apabila mudah menundukkan wakil regu tuan rumah dengan kemenangan 21-11.
Kemenangan ini sekali gus menamatkan kemarau 24 tahun pingat emas Takraw yang kali terakhir diraih pada Sukan Asia Hiroshima, Jepun 1994.
Loading...