BUTTERWORTH – Senarai barangan yang dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) masih belum dimuktamadkan sepenuhnya kerana beberapa pindaan mungkin terpaksa dilakukan bergantung kepada maklum balas yang diterima daripada orang ramai.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, antara barangan tersebut termasuk aksesori kereta, tayar celup serta beberapa barangan lain.

“Kita sebenarnya terpaksa laksanakan juga SST ini pada 1 September. Tak ada pilihan. Kalau kita tak laksanakan, kita dalam keadaan defisit dan tak cukup duit untuk bayar hutang.

“Kita buat ini (SST) untuk hapuskan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tapi kita bersedia untuk buat pindaan lagi hujung tahun ini selepas mendapat respons daripada orang ramai,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri sesi taklimat dan forum berkaitan pelaksanaan SST di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abdul Halim; Penasihat Menteri Kewangan, Datuk Ooi Kok Seng serta Pengarah Kastam negeri, Datuk Saidi Ismail.-UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.