Rakyat Malaysia gemar menikmati sarapan atau lepak santai di kedai mamak setiap hari!
Boleh dikatakan kedai mamak adalah tempat lepak yang best sebab ia menyediakan pelbagai jenis makanan.
Set makanan ‘mampu milik’ paling popular sudah tentu lah roti canai dan teh tarik!
Tapi korang yang suka lepak mamak mesti tak ‘happy’ bila tahu roti canai dan teh tarik akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)!
Sebenarnya, bukan roti canai dan teh tarik saja tetapi kedai makan yang memperoleh pendapatan RM1,800 sehari akan dikenakan cukai 6% di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang baru.
Menurut laporan The Malaysian Insight, restoran India Muslim atau ‘kedai mamak’ berada di bawah kategori penyedia perkhidmatan dalam sistem SST baru yang sepatutnya bermula pada 1 September.
Gerai mamak di kawasan terbuka juga tidak terkecuali daripada dikenakan cukai SST kerana ada yang mampu menjana lebih RM1,300 sehari hampir sama dengan restoran mamak.
Bagaimanapun, Presiden Presma Ayub Khan Muhamad Yakub memberitahu pihaknya akan menghantar memorandum kepada kerajaan minggu ini supaya kedai mamak dikecualikan daripada SST baru.
“80% daripada pelanggan kami berpendapatan rendah dan biarlah restoran di hotel-hotel atau restoran mewah yang kenakan cukai SST ini, sebab yang makan di sana orang-orang kaya.” – Ayub Khan
Perkhidmatan lain yang akan mengenakan cukai SST termasuk televisyen kabel, perkhidmatan telefon mudah alih, pembaikan kereta, hotel dan insurans.
Selain daripada kadar rata 6% bagi perkhidmatan, kadar SST sama ada 5% atau 10% akan dikenakan ke atas pengilang dan pengimport bagi barangan tertentu.
Jadi lepas ni korang nak ke tak nak lepak mamak? Berapa pula harga sekeping roti canai kosong lepas SST ni kan! Air kosong pun dah 50 sen!