KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatat menurun sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh hanya 15 hari, lapor Astro Awani.

BNM dalam satu kenyataan berkata, rizab mereka susut daripada RM435.2 bilion (AS$108.5 bilion) pada 31 Mei 2018 kepada RM432.8 bilion (AS$107.9 bilion) pada 14 Jun 2018.

Katanya, jumlah itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Ia merangkumi AS$101.4 bilion rizab matawang asing diikuti Kedudukan Rizab IMF, Hak Pengeluaran Khas (SDR), Emas dan Aset Rizab Lain.

Pada 31 Mei, rizab BNM memadai untuk menampung 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.