Semalam kecoh di laman sosial apabila tersebarnya rakaman video yang menyaskikan sebuah bas prasarana dipandu secara merbahaya sehingga dipercayai merempuh 20 kereta sepanjang jalan dari kawasan Keramat hinggalah berakhir di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Menerusi video tersebut, bas itu dikejar oleh anak kepada mangsa yang dilanggar lari.

Bagaimanapun, bas itu akhirnya berhenti dan pemandunya telah dipukul beramai-ramai oleh orang ramai yang berang dengan tindakannya itu.

Bagaimanapun kejadian tersebut turut disaksikan oleh pelakon Syatila Melvin yang berada ditempat kejadian.

Syatila telah berkongsi video pemandu bas itu dipikul di tempat kejadian menerusi akaun Instagram (IG) Story miilknya pagi tadi.

Namun video itu menunjukkan Syatila hanya berada di dalam kereta yang kebetulan melaui jalan tersebut.

Dalam video berdurasi lebih kurang 7 saat itu turut terdengar suara seseorang.

“Gaduh, gaduh, gaduh,” kata suara tersebut.

Syatila menerusi IG Storynya memberitahu tidak menyangka kerana boleh menyaksikan kejadian tersebut di depan matanya.

“Boleh pulak kes viral driver bus ni jadi depan mata semalam.

“Sempat record siket je lepas tu lampu hijau,” tulisnya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.