Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati dan mayatnya digantung di atas sebatang pokok di Uttar Pradesh, semalam.

Polis berkata mangsa dipercayai dibelasah sehingga mati oleh sekumpulan empat lelaki.

Susulan itu, tiga lelaki dicekup bagi membantu siasatan manakala suspek keempat masih diburu polis.

Abang mangsa memberitahu pihak berkuasa bahawa kumpulan lelaki terbabit menyerang dan cuba merogol adiknya.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas menghadiri upacara keagamaan di Mainpuri.

“Polis tidak menemui tanda-tanda mangsa dirogol selepas meneliti hasil bedah siasat, namun mengesahkan punca kematian akibat dijerut,” kata polis.

Pada 2014, masyarakat di Mainpuri digemparkan dengan penemuan dua mayat remaja perempuan yang digantung di atas sebatang pokok selepas dirogol beramai-ramai.

Insiden itu mencetuskan protes besar-besaran sehingga memaksa campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB). – Agensi

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.